Adam & Alya’s Weblog

December 31, 2008

Selamat tahun baru…

Filed under: Alya,Beautiful,Ummi — adya001 @ 12:45 am

2 Muharram 1430 H | 30 Disember 2008 M

Hari ini hari baru kedua dalam kalendar islam dan 1 hari lagi nak masuk tahun baru kalendar masehi..apa azam baru???

Apa nak cerita ni yer..tak de idea lah pulak…letak gambar jer lah..

kemeriahan sambutan krismas di suria KLCC hari jumaat hari tu..di mana hari Ummi bekerja di hari orang lain ramai ambik cuti..bekerja tapi tak banyak kerja..best!!!

pc262218pc262219pc262221pc262224

Ini pula aksi adam pakai tudung pengasuhnya, Mama Ros..comel lottey cik Alya 😛

pc262228pc262231

December 27, 2008

Cuti Krismas

Filed under: Adam,Alya,Family,Food,Jalan-jalan,Projek Khas — adya001 @ 4:52 pm

Hari ini sebelum ke opis Baba ajak breakfast kedai mamak dulu..order roti bom, teh tarik dan nasik lemak..makan semua..licin..

Sampai opis lengang jer..keje pun tak lah banyak sangat..ingat nak update blog..tapi wordpress plak tak boleh bukak..

Tak pe lah balik rumah karang baru post…

Semalam cuti Mery-mery cristmas

Pagi-pagi lagi Adam dan Alya dah bangun..mandi dan breakfast nasik goreng

Projek Hijau

Lepas tuh Adam dan Alya teman Ummi siram pokok..Ummi ada pokok baru ..pokok favourite Adam..pokok pisang

Pokok pisang berangan

Abah bawa anak pokok tu dari kelantan ..pisang berangan dan pisang kebatu…Baba dan Abah yang  tanam

Adam asik tanya jer bila lah boleh makan pisang tuh..Baba pulak tiap2 hari tengok pokok pisang tuh..


pc252108pc252124

pc252114

Taman Mainan

Lepas tu Adam ajak Ummi main kat taman mainan depan rumah tuh..suka lah dia ..lama dah tak main..maklumlah balik kerja jer dah nak maghrib..time cuti macam ni lah  baru sempat main..Alya pun bukan main seronok lagi membuaskan diri..Ummi pun turut main sama..hehehehe

pc252131pc252143pc252147pc252151pc252170pc252183

pc252182 pc252163pc252173

Giant & Makan2

Petang tu pergi Giant…beli barang2 keperluan..sebelum tuh singgah makan kat Kluang Station..hurmmm memang sedap makanan kat sini..Baba order nasi kari kambing , Ummi order nasi ayam masak merah..dan roti bakar untuk Adam dan Alya..tapi Adam dan Alya suka makan kari kambing Baba tuh..memang best..tak pedas pulak tuh..ayam masak merah dia pun sedap..rasa macam yang mak buat jer..

pc252187pc252188pc252190pc252189

Si Botak 2

Lepas setel semua sebelum balik singgah kedai gunting rambut…potong rambut Baba dan Adam..baba nih memang pelanggan tetap kat kedai nih..cakap macam biasa jer..tau lah dia macamana pesen yang Baba nak..ala2 mawi gitu..kekeke ..ke mawi yang tiru style Baba…

pc2521921pc252193pc252196pc252198pc252205pc252207pc252213pc252215

Nota:Slownya internet kat rumah..lain kali lah upload gambar

December 18, 2008

Food poisoning…

Filed under: Adam,Alya,Daily,Food — adya001 @ 12:30 pm
Tags: , ,

Seminggu ini Ummi memang tak masak balik kerja..ye lah time lunch hour makan tak ingat..bila balik rumah masih kenyang..so beli je lah untuk Baba

Hari Isnin hari tu 1st day kerja memang lapar betul.Maklumlah masa kat kampung makan jer kerjanya. Lunch tu kebetulan member pun ‘kelaparan’ juga.So kami order asam laksa sorang satu then order nasi goreng tomyam share..licin..lepas tu pergi makan wafel pulak..balik tu singgah beli goreng ubi..makan lagi..untuk makan malam beli nasi ayam jer sebungkus untuk Baba serta Adam dan Alya.

Selasa pulak Ummi lunch dengan x-housemate;Niza.kebetulan dia datang sini..makan nasi+ayam sweet sour..lepas tu kemaruk nak makan wafel pulak..balik kerja macam biasa singgah beli goreng ubi..lepas tu Baba singgah Giant nak pergi maybank..Ummi belikan nasi goreng Yong Chow untuk Baba serta Adam dan Alya

Kelmarin Ummi ambik MC..lunch tu Ummi masak meggi jer sebungkus..balik kerja Baba ajak makan kat JUSCO Tmn Equine. Ummi order nasi goreng paprik, Baba nasi goreng ayam dan untuk Adam dan Alya nasi ayam..semua tempat asing..food court kat bawah tuh..Alya makan banyak..Adam pulak makan juga sikit lepas dipaksa Ummi..

Tengah malam semalam Alya merengek2 nak susu..lepas tu tersedar bila tengok Alya dah muntah..banyak pula tuh..lepas dah bersihkan semua dia sambung tidur..sesekali bangun nak susu..

Selang beberapa ketika Adam pula bangun..muntah jugak..lepas tu mengadu sakit perut.kesian betul..Ummi sapukan minyak TYT..lepas tu 2,3 kali lagi Adam bangun muntah..sampailah ke pagi still muntah2 dan sakit perut..aduhhh kesian sungguh..ini mesti kes nasi ayam semalam..padanlah adam tak berapa nak makan..Ummi pun tak try dulu..selalunya Ummi memang makan sekali dengan Adam dan Alya dan tukang habiskan makanan diorang..tapi entah macamana Ummi tak try rasa dulu semalam..kesian anak2 Ummi..pagi tu bawa Adam ke klinik

Doktor nak bagi ubat masukkan ikut bawah tu..Ummi kesian pulak kat Adam sebab masa dia demam dulu doctor pernah masukkan ubat meraung2 dia..Ummi minta doctor tukar ubat minum..doktor cakap ubat tu memang pahit takut Adam tak nak..Ummi dengan konfidennya bagitau Adam memang suka makan ubat..ye lah nanti kat rumah pandai2 lah Ummi pujuk Adam makan ubat..doktor setuju..lepas tu tengok nurse datang dengan 2 ml ubat dlm syringe ..nak kena makan terus kat situ..nasib baik ler Adam sporting..dengan terujanya dia nganga mulut..sekali tekan jer semua ubat tuh dah selamat masuk dalam mulut dia..hmmm kagum nurse tu tengok anak Ummi nih berani makan ubat..hehehehheeh

Lepas tu hantar Adam ke sekolah..Ummi pun pergi kerja..

Lepas ni Ummi dah serik nak bagi Adam dan Alya makan nasi ayam kat food Court Jusco Taman Equine..

December 15, 2008

Catatan Aidil Adha 2008

Filed under: Nostalgia,Special day — adya001 @ 2:15 pm
Tags: ,

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..

Lamanya tak update blog..maklumlah sibuk bercuti..blog pun turut bercuti sama..seminggu bercuti di kampong..bukan selalu..memang seronok!

Ahad (7/12/08)

Bertolak dari Puncak Jalil. Singgah rumah Mak Su Mah di Gua Musang..rehat2 + makan2..Maghrib sampai rumah Baba

Isnin (8/12/08)

Pagi raya di kampung Baba di Jeli kemudian balik ke kampung Ummi di Kok Lanas.Malamnya `ngattib` arwah di rumah Mok Yoh.

Selasa (9/12/08)

Ke kuala Krai,kenduri kahwin sepupu Baba +akiqah Alya..kemudian singgah ke rumah Mok Nik di Guchil seterusnya ke rumah kawan Ateh bertunang di Labok..sedapnya Adam makan gulai ore Labok..3 kali namboh!

Rabu (10/12/08)

Ke rumah kawan lama Ummi, Atiey di Tumpat..lamo doh tok juppe Atiey..tapi rupo tok berubah…menten muda sokmo..hehehe..tok ingat nak ambik gambar ngn Atiey..Lepas tu singgah KB Mall..Cari baju selai..nok g makan gulai esok 😛

Khamis (11/12/08)

Betolak balik ke Jeli..hantar natu sepupu Baba ..makan gulai ore Dabong..Alya pulok bersungguh makan..tok kabar ingat dah….

Jumaat(12/12/08)

Betolak balik ke Puncak Jalil….


Itulah sedikit catatan ringkas seminggu bercuti di kampong..gambar nanti Ummi upload kemudian..charger battery camera tetinggal kat kampong..tunggu Ayah Min wat mari..

December 5, 2008

Projek Khas (II)

Filed under: Hobby,Projek Khas — adya001 @ 7:28 am
Tags: , , ,

Balik kerja semalam, Ummi ajak Baba singgah kat tempat yang dah lama nak pergi..selalu bila lalu jer mata Ummi mesti melirik ke tempat tu..teringin sangat nak singgah..

pc031861pc031863pc0318641pc031865

Sampai2 jer Ummi memang teruja betul..hajatnya nak beli tanah jer tapi banyak sangat benda yang menarik..pokok2 bunga Ummi tak de lah berminat sangat..tapi Ummi sungguh tertarik hati pada pokok2 seperti kari, limau purut, limau kasturi, pokok jambu..bestnya..rasa nak beli semua! Last2 Ummi beli pokok limau kasturi, tanah baik, pasir, baja dan benih sayur kailan. Kailan ni sayur favourite Baba-kailan ikan masin.

pc031870pc031871

Ummi dah sedia nak memulakan operasi…


pc0418772Sampai rumah, Ummi minta Baba jagakan Adam dan Alya..Ummi menyambung semula projek Ummi di belakang..finally..selamat juga pokok limau kasturi mendiami pasu kosong tu…sukanya!!!!!


Ini pula hasil projek pertama kami..Ummi pun tak pasti kenapa hasil yang keluar tidak seperti yang dijangkakan. Selalunya dulu-dulu kalau Ummi tanam kacang hijau yang keluarnya adalah taugeh..tapi yang ini Ummi hairan..tak keluar taugeh..keluar batang hijau2 terus keluar daun..adakah sebab Ummi guna tanah gambut bukan pasir atau sebab Ummi siram guna air basuhan beras atau sebab jenis kacang tu..atau sebab Adam dan Alya yang tanam…hmmm musykil ;P

pc031869Ku sangka taugeh yang tumbuh tapi sejambak daun yang keluar…adehh la..

Kisah Adam dan Alya tanam pokok di sini : Projek Hijau





December 4, 2008

Bicara Resepi

Filed under: Food,Resepi — adya001 @ 1:19 pm
Tags:

Hari ini Ummi nak post 2 resepi untuk tatapan kawan2 semua..sesuai untuk dimakan orang dewasa mahu pun budak kecil.

pb2316823pb2316862

Labu+udang**Adam baru bangun tido terus makan..udang tu favourite Adam

Labu Masak Lemak campur udang

1)Labu potong kecil

2)Santan –Ummi beli yang dah siap diperah tu 1 plastik

3)2 ulas bawang putih dan ¼ bawang besar

4)kunyit

5)buah keras

6)Gula dan garam

Cara-cara

1)Tumbuk bawang putih+bawang besar+kunyit

2)Bubuh dalam santan +air +garam

3)Agak2 dah nak mendidih masukkan buah keras yang dah ditumbuk + labu

4) Bila labu dah agak2 nak masak, masukkan udang dan sedikit gula

5) Bila udang dah masak..siap….

Cerita pasal lauk ini di sini: Hujung Minggu

pb301811

Ayam Masak Kurma

1)3-4 ketul ayam

2)kentang 2 biji (potong kecil2)

3)Tomato sebelah (potong kiub)

4)Rempah kurma (cairkan dalam air panas)

5)Santan

6)Bunga lawang, kulit kayu manis

7)Serai (diketuk)

8)bawang putih(hiris nipis) , bawang besar (tumbuk)

9)buah keras (tumbuk)

10)carrot (1/4 batang)

Cara-cara

1)Tumis bunga lawang+kulit kayu manis+bawang putih+serai

2)Masukkan kentang

3)Bila kentang dah kuning2 sikit,masukkan rempah kurma

3)Agak2 rempah kurma dah garing, masukkan santan+air

4)Masukkan bawang besar (tumbuk) dan buah keras (tumbuk)

5)Masukkan ayam +carrot+tomato

6) Tunggu ayam masak..siap…

Cerita pasal lauk ini di sini: Sepupu Datang

December 3, 2008

Istimewa Untuk Mu

Filed under: Beautiful — adya001 @ 11:17 am
Tags:
Teristimewa buat dua cahaya mata Ummi dan Baba…
pb3018271
Anakku,
Bila Ummi boleh memilih
Apakah Ummi berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka Ummi akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu Ummi merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut Ummi
Engkau ikut kemanapun Ummi pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung Ummi berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim Ummi ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi harus operasi caesar,
atau Ummi harus berjuang melahirkanmu
Maka Ummi memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat Ummi rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa Ummi ceritakan kepada siapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan Baba mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka Ummi memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu Ummi telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada Ummi dalam kantuk Ummi,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila Ummi boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka Ummi memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan Ummi , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan Ummi….Maafkan Ummi
Percayalah nak, Ummi sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka Ummi
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa Ummi

Puisi Asal: Hati Ratih Sanggarwati

December 2, 2008

Tayar & Seksis

Filed under: Baba,Nostalgia — adya001 @ 3:37 pm
Tags:

Petang Ahad tu pergi Giant, nak beli pampers dan susu Adam dan Alya..dekat nak sampai Giant, Ayah Min tepon cakap ada depan rumah..yeye Ayah Min datang. Dari pagi tadi lagi Adam asik nak cakap dengan Ayah Min. Ajak Ayah Min jumpa kat Giant..makan2..jalan2…lepas tu balik..


On da way balik tu Baba tak perasan ada lubang tengah jalan..gedegung..keta terjun lubang..lepas tu Bab cakap..macam alignment dah lari je nih..Ummi cakap ha ah la..padahal tak rasa pun..heheheh..tukang sokong je nih..Baba berhenti kat tepi..laaa rupa2nya tayar dah bocor..Ummi cepat2 tepon Ayah Min suruh pusing balik.


Baba pun dah start keluarkan barang2 dalam bonet. Lepas tu ada la sorang india ngn wife dia naik motor berhenti..Si India tuh dengan bersungguh2 tolong Baba keluarkan tayar dari bonet tuh..susah betul nak keluarkan..last2 Baba korbankan baju dia masa nak keluarkan tayar tu..baju Arsenal dia plak tuh..tu yang Baba begitu seksis malam ni nih..kekekekek..tak boleh jugak..lepas tu India tu cakap nanti dia nak ambilkan spanar dia kat rumah..baiknya dia..dia pun pecutlah motor balik rumah kejap.

Tak lama lepas tu Ayah Min sampai..dengan jampi serapahnya kejap jer tayar tu boleh dikeluarkan..huihhh terer2..lepas tuh tiga2 jejaka tu pun mulakan operasi tukar tayar tu..sekejap jer dah siap.

pb301816pb301821

Sibuk dok tukar tayar..alohh seksi tuh 😛

Terima kasih lah kepada Si India husband and wife tu..besungguh2 dia tolong kami..Baba nak hulur sikit pun dia tak nak..dia cakap ini kira kawanla..tolong menolong..

pb301824Sukonye Ummi ambik gambar, tok kabar Baba dok sibuk masukkan barang ke dalam bonet

Kepada Adam dan ALya, ingatlah ;kaya hati budi itu lebih bermakna dari kaya harta benda

pb301818

Inilah Amra yang datang bersama suaminya untuk membantu kami..mula2 tengok Adam tanya,”Tangan auntiey mana?” Dia kehilangan tangannya dalam satu kemalangan lebih 10 tahun lepas…

December 1, 2008

Projek Khas

Filed under: Family,Hobby — adya001 @ 3:40 pm
Tags: ,

pb291729

Satu-satunya pokok yang ada di belakang rumah.ulam raja-yang lain semua rokk

Ahad pagi tu Ummi dengan penuh semangat nak memulakan hasrat memulakan projek menanam kat belakang rumah..rumput memang dah panjang giles.Nanti Baba nak tebas.Golok pun dah beli kat pasar malam kelmarin..

 

Dalam kepala macam2 plan..siap dah mimpi2 nak tanam pokok ..tapi tanah tak beli lagi..kat belakang rumah tuh tanah keras sangat..tak sempat nak buat apa2 lagi Adam dan Alya dah nak join sekali..sudahnya Adam dan Aya yang menanam pokok kacang hijau dan bawang dalam pasu..tak sabar nak makan hasil usaha anak2 ummi nih

 pb301784pb3017831pb301791pb301792pb3018021

 Aksi Adam dan Alya bekerjasama menanam kacang hijau dan bawang

 

pb3017931

Two hands is better…

Selepas itu..

Aksi Adam dan Alya bercakaran

pb301795pb301796

 **Adam cekit tangan adik sebab ambil kacang banyak **Adam rebut bawang kat tangan adik

 Tengahari tu Ummi tidur, bangun2 tengok Baba dah siap menebas kat belakang..sempatlah ambik gambar Baba pegang parang..lepas nih bolehlah teruskan projek tanam pokok Ummi..

pb291731pb301804 

SEBELUM DAN SELEPAS…

Sepupu datang

Filed under: Family,Food — adya001 @ 1:51 pm
Tags: ,

pb291738

Lepas makan kat rumah member Baba..Alya kerjanya asyik nak babai jer..

Hari Sabtu petang tu sepupu2 Adam dan Alya (A&A) dari Miri datang, Zikri, Syafik dan Laila..Mak dan pak sedara A&A semua ada, Ayah Long, Auntie, Mok Oda, Mok Oye dan Pok Cik Po..masa diorang call nak datang kami masih tengah pusing2 kat Puchong lepas balik dari rumah member Baba kat Cyberjaya..cepat2 Ummi ajak Baba balik..Ummi nak masak ni..suka betul Ummi masak kalau orang nak datang nih..singgah kedai runcit kejap.

 

Elok2 jer diorang sampai..sempat lah siap masakan Ummi..untuk adik beradik Baba bukan susah nak masak apa.Patern makanan mereka Ummi dah dapat agak..heheh tak tau la betul ke tak..yang lelaki suka yang goreng2, yang perempuan suka yang pedas2..Ummi pun masaklah labu masak lemak campur udang dan bayam, ayam masak kicap, ikan bilis goreng+bawang+lada kering, ulam raja dan kacang botol dan semestinya budu untuk adik2 perempuan Baba.gambar Ummi tak sempat amibik..sebab ramai sangat..malu ler

pb2917471pb291767pb291769

**Itu ayah Long riba Laila..Baba cakap dulu orang cakap muka ayah Long macam Ajay Devgan..hehehe

**Itu Mok Oye dengan Mok Oda n Syafiq..yang namapk sekerat tu Ummi la..adam ambil gambar ni

**Babai..selamat jalan..selamat malam

Hari Ahad pula Ummi masak ayam kurma..semalam kat rumah member Baba( Kak Ida dan Mizi), Adam dan Alya selera betul makan nasi tomato lauk daging kurma..lepas tu Ummi goreng ikan dan sedikit ulam serta budu..macam biasa la budu tu Ummi makan sorang..Baba mana sentuh budu..hehehe

pb301809

Sapa lah yang dah tak sabar2 nak mencopet ikan goreng tuh..nurun perangai Baba lah nih..heh!

Blog at WordPress.com.